Manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi.
Hakikatnya manusia ialah sebagai hamba Allah s.w.t. bukanlah
satu penghinaan atau satu kehinaan kepada manusia sebaliknya gelaran hamba
Allah s.w.t. adalah satu gelaran yang paling tinggi kepada manusia seperti yang
ditegaskan oleh Allah s.w.t. sendiri di dalam al-Quran kerana itulah gelaran
yang diberikan kepada nabi dan rasul. Kehambaan diri manusia kepada Allah
s.w.t. Maha Pencipta hakikatnya adalah kemuliaan, keagungan dan kekuatan.
Kehinaan yang paling hina ialah kehambaan manusia kepada sesama manusia atau
makhluk. Inilah yang ditentang dan cuba dibasmi oleh Islam melalui asas atau
konsep tauhid. Salah satu dari keistimewaan atau kemuliaan manusia sebagai
hamba Allah s.w.t. yang sebenarnya ialah manusia telah dianugerahkan
tugas/amanah yang tidak dipunyai oleh seluruh makhluk lain iaitu khalifahtullah
dimuka bumi.
Manusia sebagai hamba Allah s.w.t. dilantik menjadi khalifah
Allah dan perlantikkan itu adalah kerana kelayakan manusia untuk memegang
jawatan tersebut. Antara kelayakan tersebut ialah bahawa diantara hamba-Nya
maka manusialah yang lebih hampir dengan Alllah s.w.t. Sebagai hakikatnya,
hamba-Nya dan kkhalifah-Nya maka manusia tidak berhak mencipta yang diizinkan.
Khalifah adalah satu keistimewaan yang besar dan hanya
diberikan kepada manusia dan tidak diberikan kepada malaikat, jauh lagi untuk
diberikan kepada jin. Daripada itu diyakini bahawa bukan setiap hamba itu layak
dan berhak menjadi khalifahtullah. Seterusnya juga bukan setiap manusia yang
pada hakikatnya hamba itu dengan sendirinya adalah khalifah. Walaupun dari segi
hakikatnya manusia itu hamba dan khalifah Allah s.w.t. , namun dari segi konsep
dan perlaksaan adalah tidak. Oleh kerana itu, maka manusia yang layak dan
berhak menjadi khalifah itu ialah manusia yang melaksanakan konsep kehambaan
diri kepada Allah s.w.t. dan telah melaksanakan konsep penyerahan diri kepada
Allah s.w.t. dalam 4 ciri tersebut. a) Akidah b) Akhlak c) Ibadah d) Syariat
Terkandung dalam pengertian khalifah ialah menguasai dan
memerintah ataupun mempunyai sifat "al-siyadah @ ketuanan". Sifat ini
di akui oleh Allah s.w.t. seperti yang termaktub dalam perlembagaan suci
al-Quran untuk menjadi "Tuan" keatas segala makhluk dan segala
ciptaan di atas muka bumi. Tetapi sifat ini bukan menjadi sifat yang istimewa
dan asasi dalam tugas khalifah. Sifat tersebut hanya sebagai alat atau jalan
kepada manusia untuk melaksanakan tugas khalifah. Jika ketuanan dan kekuasaan
itu digunakan bukan untuk melaksanakan tugas khallifahtullah dimuka bumi maka
manusia itu tidak lagi lulus sebagai khalifah tetapi manusia yang menentang,
melawan menderhaka dan memberontak kepada Allah s.w.t. serta kepada kekuasaan,
pemerintahan, kesultanan dan kehakiman Allah s.w.t. , alangkah kerdilnya
manusia untuk melakukan perbuatan tersebut.
Dari sini jelaslah bahawa bukannya setiap hamba Allah s.w.t.
itu dengan sendirinya atau semestinya khalifah ialah menjadi khalifah. Walaupun
manusia pada hakikatnya adalah hamba tetapi oleh kerana ia tidak melaksanakan
konsep pengabdian kepada Allah s.w.t. dalam hidupnya maka dengan sendirinya ia
bukan khalifah Allah s.w.t. Jadi manusia layak dan berhak menjadi khalifatullah
ialah manusia yang menerima kehambaan dirinya dan melaksanakan konsep
pengabdian. Tegasnya konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t.
Menepati dengan hakikat tadi maka untuk mempergunakan
ketuanan dan kekuasaan yang diberikan demi untuk menguasai alam benda dan alam
semesta ini bagi faedah dan
kepentingan tugasnya itu, manusia memerlukan ILMU.
Al-Quran dengan jelas sekali mengakui bahawa asalah satu
asas terpenting untuk melaksanankan tugas ilmu. Ilmu yang dimaksudkan ialah
ilmu tentang alam benda bagi di pergunakn untuk melaksanakan tugas khalifah dan
untuk melaksanakan konsep pengabdian dan penyerahan.
Kedua ialah ilmu yang menjadi asas terpenting kepada manusia
dalam menjalankan tugas sebagai seorang khalifah, yang menjadi kompas panduan
dan menjadi tali penghubung dengan Allah s.w.t. ialah:-
a) Ilmu tentang alam syahadah dan alam ghaib
b) Ilmu tentang alam fizik dan ilmu tentang alam metafizik
c) Ilmu tentang alam benda dan ilmu tentang pencipta alam
benda(e)
Itulah yang dimaksudkan dalam surah al-Baqarah ayat 31;
'Dan Dialah(Allah s.w.t. ) telah mengajar(nabi) Adam, akan
segala nama benda-benda dan gunanya'
Definisi khalifah
Dalam al-Quran menyebut tentang pemberian khalifah dari
Allah s.w.t. kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh seperti yang
terkandung dalam ayat berikut: 'Allah telah berjanji kepada orang-orang yang
beriman dan beramal salih, bahawa Ia akan memberikan khalifah(menggantikan
penguasa-penguasa yang ada) kepada mereka di muka bumi sebagaimana Ia telah
memberikan khalifah itu kepada orang-orang sebelum mereka'(QS 24:55)
Di dalam Islam, khalifah digunakan sebagai kata kunci dan
bukannya kata kedaulatan atau yang lain kerana kedaulatan sesungguhnya adalah
milik Allah s.w.t. Sehubungan dengan itu, sesiapa pun yang memegang kekuasaan
dan menggunakan kekuasaan itu sesuai dengan norma-norma dan hukum-hukum Tuhan
maka dengan sendirinya ia menjadi khalifah.
Selain daripada itu, kekuasaan untuk mengatur bumi,
memakmurkan, mengelola negara dan menyejahterakan masyarakat dijanjikan kepada
" seluruh masyarakat beriman" bukannya kepada seseorang atau suatu
kelas tertentu.
Maksud khalifah menurut bahasa
Khalifah yang berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu
khalafa bererti ganti; iaitu seseorang yang menggantikan seseorang yang lain.
Dia melaksanakan sama ada bersama-sama dengan orang yang digantikannya atau
melaksanakannya ketika ketiadaannya. Ianya termasuklah:-(c)
1. Menggantikan orang yang tiada.
2. Menggantikan orang yang telah mati.
3. Menggantikan tempat bagi orang yang tidak mampu
menguruskannya.
4. Menggantikan tempat seseorang sebagai memuliakannya.
Maksud khalifah menurut istilah
Maksud khalifah dari segi istilah pula ialah generasi
manusia yang dipilih oleh Allah s.w.t. sebagai pengganti-Nya untuk mentadbir,
menggurus dan memakmurkan muka bumi ini dengan menjalankan syariah Allah s.w.t.
sama ada di peringkat peribadi, keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa.
Dalam pada itu, gelaran khalifah yang diberikan oleh Allah
s.w.t. kepada kaum mukmin secara menyeluruh iaitu tidak terbatas pada keluarga
tertentu, kelas tertentu, suku tertentu atau ras tertentu. Dalam Islam setiap
orang mukmin menjadi khalifah Allah s.w.t. di muka bumi yang sesuai dengan
kapasitas individualnya. Seorang khalifah di muka bumi adalah semuanya sama dan
tidak ada yang lebih rendah dari khalifah yang lain.
Pemilihan menjadi khalifah
Nikmat terbesar yang dilimpahkan Allah s.w.t. kepada kita
manusia adalah menjadikan manusia sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini. Hal
ini tercantum dalam firman-Nya yang bermaksud:- 'Adalah Dia yang telah
menjadikan engkau khalifah-Nya, pewaris bumi ini, Ia telah meningkatkan darjat
sebahagian di antaramu lebih tinggi dari sebahagian yang lain. Sehingga Ia
dapat mengujimu mengenai caramu memeperlakukan pemberian-Nya, sesungguhnya
Tuhanmu cepat memberi siksaan namun Ia juga Sangat Pengampun dan Maha
Penyayang'( surah Al-anam ayat 165)
Allah s.w.t. telah melepaskan manusia di muka bumi yang
terbentang luas ini supaya manusia itu mencari atau menerapkan sifat-sifat yang
baik dan buruk menurut apa yang dianggap baik oleh manusia. Oleh sebab itulah
manusia diberi kelebihan dari-Nya iaitu akal. Selain itu, otak yang diberikan
Allah s.w.t. kepada manusia juga adalah kelengkapan yang utama sekali bagi
manusia agar dapat menjadi khalifah Allah s.w.t. di muka bumi ini dengan bijaksana.
Di samping itu, akal manusia timbul yang berpangkal dari
otaknya yang membuat satu pertimbangan dengan cara yang di redhai Allah s.w.t.
Dengan akal yang diberikan Allah s.w.t. inilah yang menjadikan manusia sebagai
pewaris Allah s.w.t. di muka bumi dan cuba mengatasi tentangan kehidupan yang
berubah-ubah dari masa ke semasa. Bagi seorang khalifah, dia perlulah
memikirkan keputsan yang terbaik dan memilih tindakan yang diredhai oleh Allah
s.w.t. Jika penggunaan akal yang ada pada manusia di jalan yang benar, nescaya
ianya akan membuatkan manusia itu berperilaku hampir sesuci dan semurni
malaikat.
Selain itu, nikmat yang besar bagi manusia ini pernah di
tanya oleh malaikat kepada Allah s.w.t. seperti yang terkandung dalam ayat
berikut, yang bermaksud:- ' Ingatlah, " Firman Allah s.w.t. kepada
malaikat, " Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah diatas muka
bumi(Adam). Maka jawab mereka itu, " Adakah patut Engkau jadikan diatas
muka bumi orang yang akan berbuat bencana dan menumpahkan darah, sedang kami
tasbih memuji Engkau dan menyucikan Engkau? Allah berfirman, " Sesungguh
nya Aku mengetahui apa-apa yang tiada engakau ketahui". (surah al-Baqarah
ayat 30)
Imam Abu Hanafiah berpendapat bahawa menguasai pemerintahan
dengan kekuatan kemudian mengambil bai'at secara paksa, bukanlah cara yang sah
menurut syariat bagi menjadi khalifah. Sesungguhnya khalifah yang benar ialah
yang berdasarkan kesepakatan dan permusyawaratan para ahli fikir yang memeng
patut di ajak bermusyawarah.
Selain pendapat Imam abu Hanafiah, keadaan yang terbaik
untuk memelih khalifah ialah dengan cara rakyat yang meletakkan kendali
pemerintahan, setelah permusyawaratan mereka, mereka akan memilih seseorang
yang mereka anggap paling tepat untuk memimpin umat dan patut
menggendalikannya.
Dalam pada itu, mereka tidak boleh terdiri dari orang-orang
yang zalim, fasik, fajir*, lalai akan Allah s.w.t. , melanggar
batasan-batasan-Nya tetapi mereka haruslah terdiri atas orang-orang mukmin yang
bertaqwa dan beramal soleh. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Shaad ayat 28,
bermaksud: 'Adakah Kami jadikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
seperti orang-orang yang berbuat bencana dimuka bumi? Bahkan adakah Kami
jadikan orang-orang yang taqwa(baik) seperti orang-orang yang fasik(jahat)?
Selain itu, mereka juga tidak terdiri dari orang-orang bodoh
atau dungu, tapi haruslah orang-orang yang berilmu, berakal, sihat, memiliki
kecerdasan, kearifan, kemamapuan intelektual dan fasik untuk memerintah roda
khalifah dan mengikut tanggungjawabnya.
Kisah pemilihan khalifah(Khalifah ar-Rasyidin)
Umar bin Khattab r. a. telah mencalonkan Abu Bakar
as-Shiddiq r. a. untuk menduduki jabatan khalifah menggantikan kedudukan Nabi
s.a.w. Dan penduduk kota Madinah, yang pada hakikatnya merupakan wakil-wakil
negeri secara keseluruhan telah menerimanya dengan baik, mereka itu telah
membai'atnya dengan sukarela dan atas dasar pilihan mereka, tanpa paksaan
ataupun tekanan. Dan ketika Abu Bakar meninggal dunia, ia mewasiatkan khalifah
bagi Umar r. a. dengan mengumpulkan pendudukan di masjid Nabi s.a.w. , kemudian
berkata kepada mereka: "Apakah kalian menyetujui oranag yang ku tunjuk
untuk menggantikan kedududkanku sepeninggalku? Sesungguhnya aku, demi Allah
s.w.t. , telah bersungguh-sungguh berdaya upaya memikirkan tentang hal ini dan
aku tidak mengangkat seorang dari sanak saudaraku, tapi aku telah menunjuk Umar
bin Khattab sebagai penggantiku. Maka dengarlah dan taatlah kepadanya. "
Orang ramai pun berkata: "sami'na wa atha'na'( Kami
dengar dan kami taat)". Ketika Umar bin Khattab pada saat menlaksanakan
haji di tahun hidupnya yang terakhir, beliau mendengar bahawa seseorang telah
berkata; " Sekirananya amirul mukmunin(yakni Umar) meninggal dunia,
nescaya aku akan membai'atkan sifulan, sebab bai'at kepada Abu Bakar adalah
suatu peristiwa yang terjadi secara tiba-tiba, namun ia telah berlangsung
dengan baik dan sempurna". Maka Umar pun berkata:" Aku akan berpidato
kepada rakyat pada petang hari ini dan akan menggeluarkan peringatan kepada
sekelompok orang yang ingin memaksakan kehendak mereka atas rakyat".
Kerana itu, demi mengingatkan peristiwa ini dalam khutbahnya
yang pertama sekembalinya ke kota Madinah, ia telah menceritakan dengan
terperinci peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari Saqifah dan kondisi yang
telah menyebabkan dirinya bangkit untuk memberikan bai'atnya kepada Abu Bakar
secara tiba-tiba. Kata Umar:" Sesungguhnya kami waktu itu tidak mempunyai
pilihan lain yang lebih kuat dari melakukan bai'at kepada Abu Bakar. Sekiranya
kami meningalkan tempat itu melaksanakan bai'at, kami khuwatir bahawa meraka
akan melangsungkan suatu bai'at lainnya dan setelah itu kami hanya dapat
mengikuti mereka dalam sesuatu yang kami setujui atau kami menentang mereka,
maka keonaran pun pasti akan terjadi. Kerana itu barangsiapa membai'at
seseorang tanpa musyawarah dengan kaum muslimin, hendaknya dia jangan diikuti
dan jangan pula diikuti oarang yang telah dibai'atnya sebab keduanya terancam
akan di bunuh.
Berdasarkan kaedah yang telah dijelaskan dalam pidatonya itu
ia kemudian mengangkat suatu panitia pemilihan sesaat sebelum ia wafat agar
dapat memutuskam perkara kekhalifahan ini dan ia berkata:" Barangsiapa
menyeru kepada kepimpinan bagi dirinya tanpa bermusyawarah dengan kaum muslimin
maka bunuhlah dia". Kemudian ia menggeluarkan suatu keputusan yang
mengecualikan puteranya sendiri dari hak untuk meraih khalifah agar jabatan itu
tidak menjadi jabatan yang diwariskan. Dan ia telah menunjuk 6 orang dalam
panitia pemilihan itu yang menurut pandangan adalah orang-orang yang paling
besar penggaruhnya dan di terima oleh rakyat.
Pada akhirnya telah diputuskan oleh panitia tersebut untuk
meyerahkan urusan pemilihan khalifah ini kepada Abdurrahman bin Auf', maka ia
pun berkeliling siapakah yang lebih dapat di terima oleh orang ramai,
sehinggalah ia bertanya kepada khafilah-khafilah yang sedang pulang dari haji
dan akhirnya ia berkesimpulan setelah mengadakan referendum umum bahawa
kebanyakkan rakyat lebih condong kepada Saidina Usman bin Affan. Berdasarkan itu
di pilih sebagai khalifah atas kaum muslimin dan di bai'at orang ramai dalam
suatu pertamuan umum.
Asas Tanggungjawab Manusia Sebagai Khalifah
Allah s.w.t. menentukan tanggungjawab khalifah ke atas
manusia berdasarkan kelayakan dan asas-asas yang kukuh, sesuai dengan
penciptaannya untuk menerima tugas tersebut. Ternyatalah bahawa manusia di beri
banyak kelebihan oleh Allah s.w.t. jika di bandingkan secara umumnya dengan
makhluk yang lain seperti alam benda, tumbuhan, haiwan, jin dan para malaikat.
Antara kelebihannya ialah:-
1. Keseimbangan kejadian
2. Anugerah akal fikiran
3. Memiliki ilmu pengetahuan
Keseimbangan kejadian manusia
Allah telah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian. Oleh
itu, manusia telah di berikan oleh Allah s.w.t. dengan berbagai-bagai kelebihan
kerana untuk melaksanakan tugas sebagai seorang khalifah. Firman-Nya dalam
surah as-Sajdah 32:7, bermaksud : 'Yang membaguskan tiap-tiap sesuatu yang
dijadikan-Nya, dan Dia(Allah) memulai kejadian manusia dari tanah”
Bentuk badan dan unsur-unsur fizikal manusia yang seimbang
dan dikemaskan lagi dengan perasaan, akal, dan roh. Perimbangan antara rohani
dan jasmani menjadikan manusia amat berbeza daripada makhluk Allah s.w.t. yang
lain. Kelebihan ini di berikan oleh Allah s.w.t. bukannya tanpa sebab tetapi
sebenarnya dalam rangka menjadikan manusia sebagai khalifah bumi. Keelokkan
kejadian manusia yang menyerlah dengan bentuk fizikal, susunan anggota dan
fungsinya serta di lengkapi dengan akal dan emosi yang perlu difahami dan di
fungsikan sebaik mungkin oleh generasi manusia.
Anugerah akal fikiran
Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah as-Sajdah 32:9,
bermaksud: 'Kemudian Dia sempurnakan kejadian(manusia) dan meniupkan ke
dalam(tubuh)-nya roh(ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan untukmu pendengaran,
penglihatan, dan hati(tetapi kebanyakan) kamu amat sedikit bersyukur’
Manusia menggunakan akalnya untuk membina tamadun dan
mengorak langkah kemajuan untuk hidup yang lebih selesa dan bertambah maju.
Cara hidup, pemakanan, tempat tinggal, susunana masyarakat dan segala perkara
yang berkaitan dengan manusia sentiasa berubah tidak seperti makhluk Allah
s.w.t. yang lain.
Wahyulah yang akan berfungsi untuk memandu akal manusia ke
arah yang sepatutnya agar manusia tetap berada di jalan yang benar di sisi
Allah s.w.t. Batasan kemampuan akal akan diatasi oleh wahyu agar manusia dapat
melaksanakan tugasnya sebagai khalifah di muka bumi dengan lebih berpedoman dan
jayanya.
Memiliki ilmu pengetahuan
Firman Allh s.w.t. dalam surah al-Baqarah 2:31 bermaksud:
'Dan Dia(Allah) mengajar kepada adam nama-nama(benda-benda) seluruhnya, yang
kemudian mengemukakan kepada para malaikat lalu berfiman: "Sebutkanlah
kepada-Ku nam benda-benda itu jika kamu orang-orang yang benar".
Ilmu yang di maksudkan bukan hanya dengan alam tabi'i dan
fizikal malah ianya merangkumi tentang kerohanian dan ghaib. Dengan kejadian
dan kelebihan diri yang dianugerahkan Allah s.w.t. serta sumber yang
dikawalnya, manusia sepatutnya menanggani pelbagai perkara dan menggunakan
kaedah berdasarkan ilmu. Ilmu yang di tuntut bukanlah semata-mata merupakan
"maklumat" dan "kefahaman" berkaitan sesuatu perkara, malah
ianya hendaklah digunapakai untuk mencerminkan kewajaran manusia sebagai
khalifah yang bertanggungjawab terhadap dunia dan Allah s.w.t. yang
menciptakannya. Panduan akal dan wahyu merupakan proses penting menjamin
kealsian dan benarnya ilmu yang dimiliki.
Di dalam pemerintahan seseorang khalifah itu mestilah dapat
memikul tanggungjawab dengan aman dan tanpa keraguan dalam membuat kata putus
yang perlu berlandaskan hukum Islam. Sebagai seorang khalifah juga mestilah
mempunyai ukhuwah yang kuat supaya masyarakat yang dipimpinnya akan hormat dan
memandang tinggi kepadanya. Ini tercantum dalam surah Shaad ayat 20, yang bermaksud:
' Kami kuatkan kerajaannya dan Kami berikan kepadanya nikmat dan lidah yang
fasih( kata putus)'
Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Hujaraat ayat 10, yang
bermaksud: ' Orang-orang mukmin itu adalah bersaudara, sebab itu perdamaikanlah
antara dua orang yang bersaudara dan takutlah kepada Allah s.w.t. ,
mudah-mudahan kamu mendapat rahmat’
Di dalam hidup bersaudara ini, kita dapat lihat semasa zaman
Rasulullah s.a.w. iaitu semasa baginda berhijrah dari kota Makkah ke Madinah.
Semasa berhijrah meraka menolong antara satu sama lain walaupun mereka tidak
kenal. Oleh itu, sebagai seorang khalifah haruslah menolong saudara mereka
dengan hati yang ikhlas dan jangan biarkan mereka dalam kemurkaan dan
kebinasaan. Kita juga haruslah tidak melepaskan hajat saudara kita dan perlulah
bantu hingga hajatnya tercapai dengan amanah dan jujur.
Khalifah dan Perubahan
Sebagai khalifah, manusia tentunya melakukan perubahan demi
perubahan bersama perkembangan tamadun dunia dari masa ke semasa. Sesungguhnya
perubahan yang di lakukan tidaklah tergelincir daripada landasan kesejahteraan
serta perlulah memepunyai ciri-ciri aqidah, akhlak dan manhaj yang jauh berbeza
daripada aliran perubahan yang lain di dunia.
Perubahan yang di lakukan bukannya setakat dari segi
material atau fizikal sahaja tetapi ianya merangkumi semua sudut kehidupan
manusia iaitu dari segi sosial, ekonomi, politik, aqidah, tabiat dan tingkah
laku masyarakat seluruhnya. Perubahan Islam itu mestilah dengan persiapan
faktor-faktor dan sendi-sendi yang membolehkan terbangunnya masyarakat madani
sebenar di atas asas-asas yang kukuh.
Perubahan perikemanusiaan iaitu cara yang benar tidak akan
menuju kepada kebaikan dengan menggunakan jalan keburukan atau menghirup
kehinaan untuk sampai ke mercu kejayaan. Perubahan-perubahan ke arah kemajuan
yang Rabbani tidak mungkin akan bercanggah dengan kepastian ilmiah atau
bertentangan dengna kemajuan teknikal. Sesungguhnya perubahan tersebut adalah
meruntuhkan jahiliah dari sudut pemikiran, peraturan dan prinsip. Maka ianya secara
menyeluruh meresap dalam rangka melaksanakan tugas dan peranan manusia sebagai
khalifah di bumi.
Kesimpulan
Kesimpulan yang boleh di buat dalam tajuk "Manusia
Sebagai Khalifah allah s.w.t. di Muka Bumi" ini adalah, manusia haruslah
bersyukur kepada Allah kerana Dialah yang memberikan manusia banyak kelebihan
yang tidak ada pada makhluknya yang lain. Seorang khalifah itu juga harus sedar
bahawa dia telah memikul tanggungjawab yang besar di sisi Allah s.w.t. , oleh
sebab itu mereka perlu menguatkan dirinya yang senantiasa mendekati Allah serta
meninggalkan apa yang dilarang-Nya.
Di samping itu, mereka juga hendaklah sentiasa rendah diri
dan membuat hubungan baik dengan pengikut-pengikutnya serta bertimbang rasa dan
bersikap adil dalam segala hal. Khalifah juga tidak bertolak ansur terhadap
penyelewengan atau kejahatan yang berlaku dan dia seharusnya melakukan apa yang
patut, iaitu yang di tuntut dalam Islam. Seorang khalifah perlulah mempunyai
sifat-sifat yang di pandang elok oleh masyarakat yang di pimpinnya.
Dalam pada itu, khalifah mestilah mempunyai keadaan fizikal
yang sihat dan baik. Ini kerana kesihatan juga diambil kira sebab ia adalah
penting untuk seseorang itu memerintah dengan cara yang betul dan tegas yang
berlandaskan hukum Islam. Keselamatan masyarakat yang di perintahnya juga
menjadi faktor yang penting supaya kawasan atau tempat yang diperintahnya sentiasa
berada dalam keadaan aman dan selamat bagi membentuk masyarakat yang berdisplin
serta mengagungkan Allah s.w.t. dalam semua hal.
Selain daripada itu, seorang khalifah juga harus terdiri
daripada orang yang bijak pandai supaya kawasan yang di tadbirnya sentiasa
dalam keadaan harmoni dan maju kehadapan. Ilmu pengetahuan adalah faktor yang
penting bagi seorang khalifah, kerana ianya merupakan satu bonus terhadapnya
supaya dia dapat memutuskan sesuatu masalah dengan teliti dalam hal yang
berkaitan.